Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

JPN Mudahkan Urusan Mangsa Banjir di Chaah

By 18 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil inisiatif menganjurkan program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Komuniti Pasca Banjir Chaah di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok, di sini semalam.

Program bertujuan memudahkan urusan berkaitan kerosakan dan kehilangan kad pengenalan dan sijil lahir mangsa banjir yang berlaku di negeri Johor pada Mac lalu.

Pembantu Pendaftatan Kanan Mohd Fauzi Kadri, berkata salah satu objektif bagi penganjuran program ini adalah menyampaikan khidmat JPN kepada mangsa banjir yang terkesan dengan bencana banjir teruk pada awal Mac lalu.

“Kami menerima 217 permohonan yang melibatkan gantian kad pengenalan rosak atau hilang sebanyak 64, gantian sijil lahir yang rosak atau hilang sebanyak 119 dan gantian sijil kematian yang rosak atau hilang sebanyak 34,” ujarnya.

Program yang berlangsung selama dua hari yang melibatkan seramai sembilan orang petugas JPN Putrajaya itu telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

ADUN Bekok Tan Chong turut hadir selama dua hari berturut-turut bagi melihat sendiri proses permohonan orang ramai di kaunter JPN yang dibawa khas dari Putrajaya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda