Skip to main content
Berita Sabah & LabuanSabah

Kraf Tembikar Masih Punyai Peminat

By 23 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Berry Taimin (Sabah)

KOTA KINABALU, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Kepelbagaian barangan kraf pada masa kini bukan halangan kepada kraf tembikar untuk bertahan di pasaran.

Menurut Wu Kien Sui, 42, atau lebih dikenali sebagai Ah Chen, tembikar tanah liat masih diminati dan sentiasa mendapat perhatian di kalangan peminatnya.

“Pasu merupakan barangan kraf yang sering mendapat permintaan untuk dijadikan cenderahati.

“Walau bagaimanapun, piring dan mangkuk turut mendapat permintaan dan digemari peminat tembikar,” katanya ketika ditemui pada program Knowledge Camp anjuran Muzium Negeri Sabah, pada Ahad.

Sementara itu, seorang pengunjung dari Seremban, Afiq Adham, 38, berasa bertuah apabila dapat peluang mencuba dan merasai sendiri cara-cara membuat tembikar tanah.

“Saya belajar sesuatu yang baru tidak pernah dicuba sebelum ini dan ia sangat seronok,” kongsinya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda