Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Pertandingan Kumang dan Keling Wadah Terbaik Eratkan Perpaduan

By 23 Mei 2023September 6th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo/ Norlia Binti Mili (Sarawak)

KUCHING, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Pertandingan Kumang dan Keling sempena Minggu Perpaduan 2023 dilihat menjadi wadah terbaik untuk mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat dengan penyertaan pelbagai kaum termasuk Melayu, Iban dan Bidayuh.

“Semua bangsa tidak kira agama dan latar belakang boleh menyertai pertandingan ini kerana ia menunjukkan sebuah perpaduan yang menjadi kebanggaan kita selain menghargai nilai kebudayaan pelbagai kaum seperti pakaian tradisional Ngepan Iban yang unik,” kata Nur Zuraina Hamdan, 21, anak kacukan Melayu/Bidayuh yang juga merupakan salah seorang peserta pertandingan Kumang Perpaduan Kebangsaan 2023.

Menurut juri pertandingan, Angela Martin, 46, kriteria pemilihan Kumang dan Keling adalah merangkumi pakej rupa paras yang cantik, personaliti menarik, ketrampilan peragaan dan cara berkomunikasi baik.

“Pemenang Kumang dan Keling akan turut serta dalam perarakan Hari Gawai pada pertengahan Jun nanti,” ujarnya.

Keputusan akhir Mixson anak Blaki, 24, berasal dari Betong dinobatkan sebagai Keling manakala Alicia Minod anak Sandau, 24, dari Limbang selaku Kumang dan masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta piala.

-ZS-

Tinggalkan komen anda