Skip to main content
Berita Sabah & LabuanSabah

Muzium Sabah Beri Peluang Pelancong Kenali Warisan Budaya Sabah

By 23 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Berry Taimin (Sabah)

KOTA KINABALU, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Muzium Negeri Sabah memberi peluang kepada pelancong untuk mengenali lebih dekat keunikan seni budaya dan warisan Sabah.

Menurut Pengurus Kumpulan Suara Buluh Perindu, Mariana Taliban, 56, pelancong dan pengunjung didedahkan secara langsung cara-cara pembuatan alat muzik tradisi daripada buluh dan pameran pakaian tradisi.

“Di sini kami ajar dan beri penerangan agar mereka memahami alat muzik dan pakaian tradisi kita.

“Mereka boleh pegang dan bermain alat muzik selain memakai pakaian tradisi yang kita sediakan untuk dijadikan kenangan,” ujarnya ketika ditemui pada program Knowledge Camp anjuran Muzium Negeri Sabah, baru-baru ini.

Sementara itu, seorang pelancong dari Singapura, Mary Ong, 65, merasa teruja kerana dapat mengetahui pelbagai alat muzik yang diperbuat daripada bambu.

“Saya gembira kerana boleh sentuh dan diajar menggunakan alat muzik serta diberi peluang memainkan lagu tradisi Sabah.

“Ini merupakan suatu pengalaman yang menarik dan saya bercadang untuk datang lagi ke sini suatu hari nanti,” kongsinya.
Untuk rekod, program Knowledge Camp diadakan sempena Hari Muzium Antarabangsa 2023 yang diadakan pada 18-21 Mei 2023.

-ZS-

Tinggalkan komen anda