Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Membaca Menjamin Masa Depan

By 18 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Bagi menggalakkan lagi budaya membaca Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Kampung Sepinang di sini telah mengadakan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang telah berlangsung di sini pagi tadi.

Pembantu Pustakawan Maryati Mohd Sali@Salleh, berkata antara objektif program ini adalah untuk memupuk minat budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya penduduk kampung luar bandar.

“Program ini sebagai tanda sokongan dan komitmen semua pihak tentang betapa pentingnya budaya membaca di dalam kehidupan seharian kita,” ujarnya.

Ketua Kampung Sepinang Raslan Mohd Sah, berkata tempoh 10 minit ini diharapkan menjadi detik permulaan dalam menggalakkan minat masyarakat untuk membaca dengan harapan agar ia menjadi satu budaya dalam masyarakat Malaysia.

“Tabiat membaca seharusnya dipupuk sejak kanak-kanak lagi, membaca adalah kunci untuk memperolehi ilmu kerana tiada kemahiran yang lebih asas dan lebih penting dari kemahiran membaca,” katanya.

Program ini turut diselitkan dengan acara pertandingan teka silang kata yang disertai penduduk kampung berhampiran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda