Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pemangku Raja Pahang Berkenan Menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15

By 8 Mei 2023Mei 17th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 8 Mei (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di sini, hari ini.

Dalam titahnya, baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada  Dato’ Sri Wan Rosdy  Wan Ismail yang sekali lagi telah dilantik sebagai Menteri Besar Pahang serta Barisan EXCO Kerajaan Negeri Pahang serta menzahirkan ucapan tahniah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah dipilih sebagai wakil rakyat pada pilihan raya umum ke-15 yang lalu.

Menerusi titahnya juga, baginda berharap  kerajaan pimpinannya harus memperkukuh lagi iltizam untuk melipatgandakan produktiviti dan daya saing bagi memastikan prestasi kutipan hasil tahun 2023 dipertingkatkan lagi sebagaimana sasaran yang telah ditetapkan.

Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan baginda yang telah mewartakan Hutan Simpan Gunung AAIS dan Hutan Simpan Gunung AAIS Tambahan sebagai Rizab Harimau DiRaja Al-Sultan Abdullah.

Rizab ini merupakan yang pertama di Malaysia dan usaha ini harus diberikan pujian kerana Pahang paling hadapan dalam usaha melindungi spesies yang semakin terancam ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda