
Laporan/foto: Azrul Azham
JERANTUT, 8 Mei (Malaysiaaktif) – Sokongan dan bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan negeri Pahang kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Jerantut menjadikan mereka antara cawangan yang paling aktif.
Menurut Timbalan Yang Di-Pertua PVATM Negeri Pahang Leftenan Kolonel (B) Junaidi Salleh, Jerantut merupakan antara cawangan aktif dan paling berjaya di Malaysia yang menguruskan persatuan dah ahli dengan sangat baik.
“Kita berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana sentiasa berterusan membantu dan menyalurkan bantuan kepada PVATM Negeri Pahang,” katanya sempena Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PVATM kali ke 40/2023 baru-baru ini.
Seramai 300 orang ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Jerantut hadir dan turut berpeluang mengunjungi kaunter pameran yang disediakan oleh Bank Muamalat dan Affin Bank serta kaunter semakan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM yang dibuka untuk semakan ahli, status bantuan dan pelbagi lagi kebajikan melibatkan veteran ATM.
-ZS-