Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

Cuaca Panas Bakal Dihadapi Jemaah Haji Malaysia

By 8 Mei 2023Mei 17th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Isu cuaca panas yang melanda seluruh dunia pada ketika ini menjadi satu cabaran kepada bakal jemaah haji Malaysia terutama di Kota Mekah dan Madinah semasa musim haji yang bakal tiba kelak.

Menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili Ketua Menteri Melaka, Rahmad Mariman, berkata kesiapsiagaan dari segi kebajikan dan kesihatan bakal jemaah haji harus dipandang serius oleh pihak Tabung Haji susulan fenomena pemanasan global dihadapi kini.

“Tahniah kepada semua jemaah haji kerana bakal menunaikan Rukun Islam Kelima yang pastikan menjadi satu penantian kepada seluruh umat Islam dalam melakukan ibadah ini dan semoga mendapat haji yang mabrur,” kata beliau dalam ucapan sempena Majlis Perasmian Penutup Kursus Haji Perdana 1444H/2023M Peringkat Negeri Melaka.

Program yang berlangsung di Masjid Sayyidina Abu Bakar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) telah menghimpunkan hampir 800 orang bakal jemaah haji Negeri Melaka tahun ini disamping kursus ini dijalankan selama dua hari bermula 6 Mei 2023.

-ZS-

Tinggalkan komen anda