
Laporan/foto: Nor Juliana Jamri/ Mohd Farid Abd. Halim (Hulu Langat)
HULU LANGAT, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Program Kita MADANI merupakan program turun padang dan libat urus Jabatan Penerangan Malaysia bersama komuniti setempat dan pelbagai agensi.
Pengarah Penerangan Negeri Selangor Normaizatul Akmal Tujad, berkata program sebegini mewujudkan kebersamaan serta membina keharmonian antara pemimpin dan rakyat selain menerapkan nilai-nilai murni berlandaskan tonggak Malaysia MADANI
“Program Kita MADANI ini juga merupakan antara pengisian kepada Program Jelajah #Kita Selangor Aidilfitri peringkat Daerah Hulu Langat yang diadakan malam semalam bermula pukul 8.00 hingga 11.00 malam.
“Kita mengadakan gotong-royong memasak juadah raya nasi impit dan kuah kacang untuk majlis rumah terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri malam ini,” ujarnya di Rock 9 (Agora Night Market), Taman Sri Nanding.
Menurut seorang pengunjung Rafi’ah Mahmud, 61, program yang diadakan dapat mengeratkan hubungan sesama rakyat dan turut membantu komuniti di situ mendapatkan barangan yang murah.
“Saya berharap program sebegini diteruskan,” katanya.
Turut hadir Ahli Parlimen Hulu Langat Sany Hamzan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua Edry Faizal Eddy Yusof.
-ZS-