Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

500 Penyokong Harimau Malaya Bersorak di Gadek

By 22 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan: Muhammad Hafizul (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Lebih 500 orang penyokong setia Harimau Malaya daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa berkumpul di Bandar Satelit Pulau Sebang, di sini Selasa lalu bagi menyaksikan tayangan skrin besar siaran langsung Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 antara Malaysia dan Papua New Guinea.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) VP Shanmugam, program yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Gadek bertujuan menyemarakkan lagi perlawanan bola sepak antarabangsa tersebut di kawasan Gadek.

“Hari ini merupakan hari yang istimewa di mana perlawanan di antara Malaysia dan Papua New Guinea berakhir dengan jaringan 10-0, ini adalah satu kejayaan dan kebanggaan untuk rakyat Malaysia,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda