Laporan/video: Juriah Suleiman/Syafiq Saleh (Selangor)
SEPANG, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Buah naga yang turut dikenali sebagai buah pitaya lazimnya dinikmati begitu sahaja namun, selari dengan perkembangan teknologi, buah naga telah diinovasi menjadi pelbagai produk.
HL Dragon Fruit Farm terletak di Sepang merupakan destinasi menarik yang boleh dilawati oleh pengunjung serta mempunyai restoran pertama di Malaysia yang menyediakan makanan dan minuman berasaskan buah naga.
Menurut Eugene Chia, Pengusaha HL Dragon Fruit Farm kejayaan beliau adalah hasil bimbingan dan bantuan dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Jabatan Pertanian Negeri Selangor serta Tourism Selangor.
-ZS-