Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

ASB Pangkalan Bekalan Pertama Menggunakan RFID

By 15 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Asian Supply Base (ASB) melancarkan teknologi ‘Radio Frequency Identification’ (RFID) di pengkalan bekalan seluas 345 ekar sekaligus menjadi pengkalan bekalan pertama di Malaysia menggunakannya.

Ketua Pegawai Eksekutif ASB Japar Esteban, berkata keselamatan adalah kebimbangan kritikal dalam industri minyak dan gas disebabkan oleh aset bernilai tinggi serta potensi risiko yang berkaitan dengan industri.

“ASB melaksanakan pelbagai langkah keselamatan termasuk halangan fizikal seperti pagar, kamera CCTV, sistem kawalan akses dan rondaan keselamatan.

“Dengan teknologi RFID, ASB dijangka meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan kos dan menambah baik kawalan keselamatan disamping memberi manfaat kepada Kontraktor Pengaturan Petroleum (PAC) selain menarik pemain minyak dan gas luar menjalankan operasi di ASB,” jelasnya hari ini.

Menurut Japar, projek itu dibahagikan kepada empat fasa, dengan penyiapan dan demonstrasi fasa 1 dijadualkan dilancar pada akhir Jun 2023.

“RFID membolehkan langkah keselamatan diautomasikan dan keselamatan elektronik adalah salah satu langkah pencegahan yang paling efektif untuk melindungi aset ASB yang diwartakan di bawah keutamaan 1, Sasaran Penting (NKP) yang memerlukan tahap keselamatan tertinggi,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda