Laporan/video: Mohamad Farid Izwan/Suut Bin Mohamad Musa
KUCHING, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Sarawak Bumi Kenyalang merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Bumi Kenyalang sememangnya kaya dengan pelbagai hasil bumi, kehijauan dan masyarakat penduduknya yang pelbagai suku dan etnik.
Setiap suku mempunyai keistimewaan dan warisan budaya masing-masing yang unik. Antara etnik yang terdapat di Sarawak adalah seperti Melayu, Cina, India, Iban, Bidayuh, serta Melanau. Etnik Melanau merupakan etnik kelima terbesar di Sarawak.
Keindahan pakaian kaum etnik Melanau terserlah dengan ragam hias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragam hias pada pakaian membentuk motif-motif etnik sama ada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.
-ZS-