Laporan/video: Fatin Nabila Muktar
ALOR SETAR, 14 Jun (Malaysaaktif) – Terletak di jalan Hutan Kampung sebuah kafe di sini menampilkan kelainan apabila menghidangkan menu utama sarapan berupa minuman kopi O yang dimasak dalam cerek hitam di atas dapur kayu.
Pemilik Kafe Kopi O Kampung, Ruslin Long, 68, premis berkenaan menjadi tumpuan orang ramai untuk menikmati minuman kopi O itu.
Ini kerana rasa kopinya yang unik dengan menggunakan kaedah lama iaitu memasak air kopi dengan menggunakan cerek dan dapur kayu api.
Rasanya memang berbeza dengan kopi yang lain kerana aroma dapur kayu api ini.
-ZS-