Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Gunung Ledang, Lagenda Keindahan Daerah Tangkak Dibuka Semula Julai Ini

By 19 Jun 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran (Tangkak)/Pejabat Daerah Tangkak

TANGKAK, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Taman Negara Gunung Ledang merupakan kawasan tarikan pelancong di Daerah Tangkak yang telah ditutup selama satu tahun atas kerja-kerja membaik pulih serta penaiktarafan kemudahan, dibuka semula.

Menurut Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi Taman Negara Gunung Ledang akan dibuka semula kepada orang ramai mulai bulan Julai ini.

“Pembukaan tersebut akan diserikan dengan penganjuran Karnival Gunung Ledang.

“Pengurusan Air Terjun Gunung Ledang akan menyediakan tapak pengecasan kenderaan elektrik (EV) dan juga tapak caravan bagi menambah daya tarikan pelancong ke Taman Negara Gunung Ledang.

Katanya, fasiliti chalet dan pondok perlu perancangan yang rapi untuk penaiktarafan bagi keselesaan serta menarik lebih ramai pengunjung ke taman negara ini.

“Harapan saya kerajaan Negeri Johor sentiasa optimis bagi memastikan gunung tertinggi di Johor ini sentiasa dikunjungi serta mempergiatkan lagi promosi bagi pengunjung ke Gunung Ledang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan Lawatan Kerja ke Air Terjun Gunung Ledang, di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Raven Kumar Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Hajah Khairin-Nisa Ismail@Md On, Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak, YM Ungku Mohd Zaffrin Ungku Mohd Zaman, Pentadbir Tanah Tangkak Haji Mohd Nazid Jasiman dan Ketua-ketua Jabatan Negeri serta Persekutuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda