Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Semangat Muhibbah Perlu Diterapkan dalam Perpaduan

By 19 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Mohd Zahid Othman

JOHOR BAHRU, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Program Kenali Kawasan Kita anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Johor telah berjaya diadakan di Pasar Raya Amart@Kempas, Tampoi Johor Bahru, kelmarin bertujuan mengukuhkan semangat perpaduan antara pelbagai kaum.

Pengarah JPNIN Negeri Johor Suraya Wen, berkata program ini sebagai salah satu cara untuk menyampaikan pelbagai maklumat dan mesej-mesej perpaduan antara kaum tanpa melihat latar belakang masyarakat.

“Program seperti ini akan diperluaskan ke kawasan-kawasan komuniti bagi mendidik masyarakat mengenai betapa pentingnya sensitiviti kaum dalam kalangan masyarakat terutamanya jiran tetangga,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Komuniti Zon Kempas Kasturi Salamon, berkata program seperti ini sangat memberikan input dan jalinan dalam komuniti Kempas agar menjadi lebih harmoni dengan semangat perpaduan ketika ini.

“Cabaran ketika ini adalah sikap penyatuan dalam kalangan kita yang kurang menyenangkan dan dengan adanya program ini, nilai-nilai murni dapat diterapkan dengan sebaiknya agar perpaduan menjadi teras keharmonian sesebuah komuniti ini,” katanya.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor Naim Fahmi Ahmad Tajuddin, Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru Wan Rohaimin Wan Mustapha, Pegawai Penerangan Daerah Johor Bahru Norhasiswana Rasion, ketua-ketua komuniti zon Kempas dan penduduk setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda