Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

JPNIN Johor Cadang Penganjuran Jelajah BIJAK

By 22 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Mohd Zahid Othman

JOHOR BAHRU, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Johor berhasrat mengadakan Jelajah BIJAK di sekolah-sekolah seluruh negeri Johor.

Pengarah JPNIN Negeri Johor Suraya Wen, berkata program Jelajah BIJAK melalui Kelab Rukun Negara ini akan mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Jabatan Penerangan Negeri Johor bagi menyebarluaskan mesej-mesej perpaduan yang hendak disampaikan kepada golongan sasaran.

“Jelajah BIJAK iaitu Bimbing, Insan, Jamin, Aset, Kecemerlangan akan menjalinkan hubungan pelbagai pihak dan agensi untuk membimbing pelajar sekolah melalui Duta-duta Perpaduan Johor bagi menjaga keharmonian sekolah dan negara,” katanya semasa ucapan perasmian Program ‘TaSMoR United’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi semalam.

Pada program berkenaan, pelbagai pertandingan telah diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar berbilang kaum dan agama bagi menjadikan hasrat Malaysia Madani dapat dicapai.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor Naim Fahmi Ahmad Tajuddin, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Johor Anuar Sukiran, Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru Ahmad Kamal Untong, Pengetua SMK Tan Sri Mohamed Rahmat Sharina Adnan, Pengetua-Pengetua Sekolah, Ketua Kampung Kempas Permatang Airizam Bollah, pemimpin masyarakat dan pelajar-pelajar sekolah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda