Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pengusaha Jamil Pulut Rendang Bersyukur Terima Pingat

By 16 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Sh. Nurrul

LIPIS, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan penyampaian Darjah Kebesaran dan Pingat negeri Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang.

Pengusaha Jamil Pulut Rendang yang popular di daerah ini, Mohd Jamil Hashim, 63, merupakan antara penerima 181 penerima yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan, semalam.

Menurut Mohd Jamil, beliau bersyukur atas pengurniaan pingat Ahli Mahkota Pahang kepadanya.

“Terima kasih saya ucapkan atas pengurniaan pingat ini,” ujarnya.

Turut berangkat, adinda Tengku Hassanal, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Indera Zulkifli Yaacob dan Timbalan Mufti Pahang Sahibul Fadilah Datuk Badli Shah Alauddin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda