
Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidi
JEMPOL, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir Model Khas yang mendapat 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 yang diumumkan semalam menjadikan ibu bapanya sebagai idola bagi mencapai kejayaan.
Menurut pelajar sekolah tersebut Muhammad Shameer Mohamad, 18, beliau menjadikan ibu bapanya sebagai idola dan pendorong untuk menjadi cemerlang.
“Saya juga menjadikan kejayaan orang lain di media sosial sebagai motivasi untuk saya belajar bersungguh-sungguh dan berjaya seperti mereka.
“Jika mereka boleh berjaya, mengapa tidak saya?” katanya.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang juga merupakan guru bagi mata pelajaran Perniagaan sekolah tersebut Norazizah Hamid, 55, tidak menyangka keputusan peperiksaan SPM pada kali ini telah mencatatkan peningkatan bagi setiap subjek.
“Lebih mengujakan setelah sepuluh tahun, pencapaian bagi subjek perniagaan telah melonjak sebanyak 50 peratus daripada jumlah pelajar saya yang berjaya mendapat gred A dengan purata pencapaian guru Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) sebanyak 3.42 sekaligus mencatatkan pencapaian yang paling baik setakat ini,” katanya.
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 melalui pelbagai rintangan yang agak mencabar akibat kesan pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga peperiksaan terpaksa dilaksanakan pada awal tahun 2023.
-ZS-
Nama pelajar itu adalah Muhammad Shameer bin Mohamad
terima kasih..