Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sambutan Hari Kebersihan Tangan Sedunia Ingatkan Masyarakat Menjaga Kebersihan Tangan

By 8 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaharah Ismail/Mohd Rasidi Che Sa (Baling)

BALING, 8 Jun (Malaysiaaktif) – ‘Accelerate action together. Save Lives- Clean your Hands’ merupakan tema sambutan Hari Kebersihan Tangan Sedunia tahun 2023 (World Hand Hygiene Day) yang disambut pada 5 Mei setiap tahun.

“Tujuan sambutan diadakan bagi mengingatkan seluruh masyarakat dan petugas-petugas kesihatan, penjaga kanak-kanak serta penjaga orang-orang sakit untuk sentiasa menjaga kebersihan tangan dengan membasuh tangan dengan sempurna dan kaedah yang betul.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Dr. Othman Warijo berkata demikian di perasmian Program Sambutan Hari Kebersihan Tangan Sedunia (World Hand Hygiene Day) peringkat Negeri Kedah di Dewan Orang Ramai Kampung Lalang, di sini baru-baru ini.

Katanya, amalan kebersihan tangan hendaklah dipupuk pada peringkat kanak-kanak dan sebagai ibu bapa hendaklah menitik beratkan didikan kepada anak-anak mengenai kebersihan tangan.

Program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Baling ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Pejabat Penerangan Daerah Baling.

-ZS-

Tinggalkan komen anda