Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

47 Pelajar SPM 2022 Perlis Berjaya Peroleh Keputusan Cemerlang Semua Mata Pelajaran

By 9 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 47 (1.61%) calon SPM tahun 2022 di negeri Perlis telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang (Gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 39 (1.29%) calon SPM tahun 2021.

Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Ayub Ahmad, berkata sebilangan besar calon yang memperoleh keputusan cemerlang ini terdiri daripada kumpulan calon yang menduduki sembilan hingga 11 mata pelajaran.

“Peperiksaan bertulis SPM tahun 2022 telah dijalankan dengan sempurna dan selamat di semua pusat peperiksaan dan peperiksaan SPM telah dijalankan bermula dari 30 Januari hingga 15 Mac yang lalu,” katanya ketika ditemui di Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2022 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis, dekat sini semalam.

“Sejumlah 95 mata pelajaran telah ditawarkan kepada calon tetapi hanya sejumlah 46 mata pelajaran telah diambil oleh calon dari negeri Perlis. Sebanyak 36 pusat peperiksaan disediakan manakala 225 petugas peperiksaan telah berkhidmat untuk mentadbir peperiksaan.

“Bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 adalah seramai 3,569 calon berbanding 3,597 calon pada tahun 2021, manakala calon yang tidak menduduki peperiksaan seramai 153 calon,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda