
Laporan/foto: Mohamad Amiruddin Adli Ishak (Alor Gajah)
MASJID TANAH, 12 Jun (Malaysiaaktif) – 50 pelajar Kolej Tun Dr Ismail, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyertai program Siswa@Komuniti yang dilaksanakan di Kampong Ayer Paabas, di sini dari 9 hingga 11 Jun lalu.
Program berkonsep keluarga angkat yang mempunyai pelbagai aktiviti kemasyarakatan ini merupakan anjuran bersama UPM dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Ayer Paabas dan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Taboh Naning.
Menurut Ahli Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning merangkap Timbalan Penegerusi Jawatanjuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Zulkiflee Mohd Zin, program bertemakan ‘Seruan Bakti Bergema di Bumi Bersejarah’ ini sangat sesuai dengan pemilihan Negeri Melaka sebagai tuan rumah kerana ia terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri.
“Malah memberi peluang mahasiswa merasai sendiri budaya dan gaya hidup masyarakat setempat yang dikatakan kasar namun mesra.
“Semoga ikatan silaturahim antara siswa dan keluarga angkat dapat dikekalkan dan program berkonsepkan keluarga angkat ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan,” ujarnya.
-ZS-