Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)
SEGAMAT, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Sebanyak 125 kilogram sampah berjaya dikumpul di program Jom Bersih DUN Kemelah anjuran Pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemelah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Segamat dan Pejabat Kesihatan Segamat di Kabin Kawasan Rukut Tetangga (KRT) Bukit Siput, di sini semalam.
Menurut Ahli ADUN N.Saraswati, agensi kerajaan iaitu Majlis Perbandaran Segamat, Pejabat Kesihatan Segamat, KRT Bukit Siput, Ahli Majlis Perbandaran dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan yang terlibat memainkan peranan penting dalam menjayakan program tersebut.
“Selain itu, program ini menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan memupuk semangat budaya tolong-menolong yang melibatkan pelbagai kaum agar kebersihan di dalam dan luar rumah sentiasa terjamin,” ujarnya, di sini semalam.
Salah seorang peserta Chew Siow Ling 57, berkata program pada hari ini (Ahad) dapat menyedarkan penduduk sekeliling untuk menjaga kebersihan demi mewujudkan imej bandar Segamat yang bersih dan juga dapat mengelakkan berlakunya tempat potensi pembiakan jejentik sekitar taman perumahan.
Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat Yang Mulia Ungku Mohd Tahir Ungku Mohd Zakaria dan Ahli Majlis Zon Bukit Siput Thang Sin Fong.
-ZS-