Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Amirul Azim Othman (Melaka Tengah)
MELAKA, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Anak Jati Melaka kelahiran Klebang, Boon Wei Ying menjadi kebanggaan kerajaan negeri apabila memperolehi satu emas, satu perak dan satu gangsa dalam sukan badminton di Temasya Deaflympics Tahun 2022, Brazil.
Atlet Para Wanita tersebut telah menerima insentif wang tunai berjumlah RM60 ribu serta diraihkan dalam Majlis Penyampaian Insentif Atlet Deaflympics 2022 bertempat di Hotel Mudzaffar, di sini semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka Abdul Razak Abdul Rahman, berkata Atlet OKU Pekak Badminton Negeri ini adalah satu lambang pencapaian yang dapat mengharumkan nama Malaysia terutama Negeri Melaka.
“Hakikatnya, di belakang seorang atlet yang berjaya adalah berdirinya seorang insan yang bernama jurulatih di mana Melaka sememangnya memiliki jurulatih bertaraf dunia yang mampu melatih sehingga ke persada antarabangsa,” ujarnya.
-ZS-