Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat/Cassidy Lisut (Sarawak)
KUCHING, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Agensi media khususnya RTM memainkan peranan penting dalam menyalurkan informasi pertanian moden di Sarawak.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom menjelaskan bahawa kementeriannya amat memerlukan agensi media menyebarkan maklumat cara pertanian moden dan sebagainya kepada orang ramai.
“Kita memerlukan kerjasama pelbagai pihak seperti Jabatan Pertanian dalam menyediakan latihan, tunjuk ajar dan sebagainya,” katanya semasa Perasmian Program Ngabang Gawai WAIfm RTM Kuching dengan kolabrasi Jabatan Pertanian Sarawak dan Sarawak Dayak National Union (SDNU) di Perkarangan RTM Kuching, baru-baru ini.
Program Ngabang Gawai WAIfm RTM Kuching ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Veterinar Sarawak dan Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak serta para usahawan tempatan.
Sementara itu, pelajar Kolej Vokasional Matang, Arilia Raymi, 20, memberitahu, melalui program seperti ini usahawan dapat memperkenalkan hasil produk warga tempatan.
“Usaha murni ini merupakan platform terbaik memperlihat hasil dari usaha Jabatan Pertanian Sarawak,” jelasnya.
-ZS-