Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Seramai 30 Pelajar B40 Terima Bantuan Persekolahan YPM

By 26 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas/Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

KOTA SAMARAHAN, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 30 pelajar B40 dari tiga buah sekolah di sini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Samarahan, SMK Hajah Laila Taib dan SMK Muara Tuang telah menerima bantuan persekolahan dari Yayasan Pelajaran MARA (YPM), kelmarin.

Pelajar Tingkatan Lima SMK Muara Tuang, Ashley Ennesca anak Patrus, 17, berkata beliau gembira kerana terpilih sebagai salah seorang penerima bantuan tersebut.

“Bantuan ini sedikit sebanyak membantu saya untuk membayar kos pembelajaran dan akan juga akan digunakan untuk membeli buku baru, alat tulis dan sebagainya,” ujarnya.

Sementara itu, Sarah Odera Jawai anak Cassie, Rhys Esternius D’wayne anak Eveylen dan Rabecca Rossa anak Jikie, masing-masing yang berusia 15 tahun dan merupakan pelajar Tingkatan Tiga SMK Hajah Laila Taib, berkata mereka begitu gembira dengan bantuan persekolahan yang disumbangkan dan akan menggunakannya sebaik mungkin untuk membeli peralatan sekolah.

Skim Bantuan Persekolahan tersebut merupakan inisiatif YPM di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam membantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40) yang menunjukkan prestasi memberansangkan dalam pelajaran dan ko-kurikolum.

-ZS-

Tinggalkan komen anda