Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Art of Speed 2023: Ekspresi Seni Pencinta Kelajuan  

By 31 Julai 2023Tiada komen2 minit bacaan
AOS2023
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hisham Salleh

PUTRAJAYA, 31 Julai (Malaysiaaktif) – Lebih daripada 65,000 pengunjung telah hadir memeriahkan pameran Art of Speed 2023 (AOS 2023), yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 29 – 30 Julai 2023.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, AOS 2023 mempamerkan pelbagai jenis kenderaan baharu dan klasik, yang telah diubah suai oleh artis-artis ‘custom’ dari Jepun, Indonesia, Singapura, Thailand, dan juga Australia.

Pengunjung berasal dari Perak, Rizal Bin Azman, telah memenangi cabutan bertuah utama, berupa sebuah Toyota Celica model tahun 1979, yang telah diubahsuai. Manakala, dua orang lagi pengunjung dari Johor Bahru dan Kedah, Norilah Mohd Norzri, dan Nor Adila Bt Nor Hashimi, telah memenangi sebuah ZEUS e-bike, dan motosikal Honda e-DAX.

AOS 2023 turut menyaksikan pelancaran model kereta permainan Hot Wheels skala 1:64 inspirasi Proton Saga ikonik tahun 1985, iaitu kereta nasional pertama Malaysia – hasil kolaborasi di antara Hot Wheels dan PROTON.

Keluaran Hot Wheels Proton Saga akan mula dipasarkan di Malaysia pada tahun 2024 di kedai-kedai permainan utama, gedung beli-belah, pasar raya besar, kiosk stesen minyak, pembelian talian, dan kedai-kedai serbaneka di seluruh negara.

Dalam masa yang sama, AOS 2023 turut berkolaborasi dengan VANS, jenama kasut ikonik terkemuka, dengan menampilkan dua model kasut edisi khas, yang bertemakan 10 Tahun Art of Speed.

-HS-

 

 

 

Tinggalkan komen anda