Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Semangat Patriotik Digambarkan dalam Ekspresi Seni di Nat Seni@Kangar Street Art

By 31 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Inisiatif seorang pengkarya seni Yaakob Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Yaakob Aziz menerusi Nat Seni@Kangar Street Art yang bermula sejak tahun 2016, kini memperlihatkan belakang bangunan di Bandar Kangar itu segar dan hidup.

Semangat cintakan negara yang tinggi dalam dirinya menyebabkan Yaakob Aziz bersama Persatuan Pelukis Negeri Perlis turut menyertai Program Kita Madani, Jelajah Genta Belia Perlis sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perlis 2023 Nat Seni@Kangar Street Art.

“Saya melihat karya seni ini adalah salah satu cara bagi menaikkan semangat patriotik terutama anak-anak muda belia kita,” katanya ketika mengedarkan Jalur Gemilang di sekitar Street Art Kangar.

Menurutnya lagi, dengan anjuran program sebegini ia akan menarik minat anak muda untuk terus bersama-sama memahami akan makna kemerdekaan tanah air.

“Walaupun belia kini tidak melihat sendiri bagaimana kemerdekaan diperolehi, namun menerusi program-program ini ia dapat memupuk semangat cintakan tanah air,” katanya.

Antara pengisian program dua hari yang berakhir semalam itu ialah bacaan puisi, pameran lukisan pelukis-pelukis negeri Perlis, jualan buku-buku lama, nyanyian penghibur jalanan oleh pemuzik tempatan dan lukisan Jalur Gemilang di kanvas lukisan oleh pengunjung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda