Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

SMK Mutiara Naib Juara Pertandingan Sketsa Peringkat Kebangsaan

By 31 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/KPDN

LABUAN, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Labuan menjadi Naib Juara dalam Pertandingan Sketsa Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kuala Lumpur bersempena dengan sambutan Hari Pengguna Kebangsaan Tahun 2023 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menurut Pengarah Pejabat KPDN Labuan Junaidah Arbain, SMK Mutiara yang mewakili Zon Sabah, Sarawak dan Labuan terdiri daripada 16 orang pelajar yang juga ahli-ahli Kelab Penguna Sekolah serta dua orang guru pengiring.

“Lebih menggembirakan apabila adik Siti Zara Sofya Arsyad Abdullah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

“Kami mengharapkan agar selepas ini akan lebih ramai lagi pelajar-pelajar sekolah menjadi ahli dalam Kelab Pengguna Sekolah supaya berpeluang untuk menyertai apa jua pertandingan berkaitan kepenggunaan di peringkat kebangsaan,” katanya hari ini.

Program selama tiga hari bermula 28 Julai lalu dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda