Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Beli Hasil Petani Terus Melalui PPK Beri Pelbagai Kemudahan kepada Ahli

By 1 Julai 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Segamat telah melakukan pelbagai cara bagi menarik ahlinya berurusan jual buah kelapa sawit secara terus demi kebaikan setiap ahli.

Menurut Pengurus Besar PPK Segamat Mohamad Hanafy Mohamad Nordin, pihaknya menyeru ahli-ahlinya dan masyarakat setempat agar menjual buah kelapa sawit dan berlanggan input pertanian di PPK bagi menyokong pergerakan mereka dalam memajukan ekonomi ahli.

“Setiap keuntungan yang diperolehi akan dikembalikan semula kepada ahli-ahli dalam pelbagai bentuk, antaranya dividen saham, anugerah pelajaran, bantuan pertanian,kursus latihan dan sebagainya,” katanya, di sini baru-baru ini.

Ketua Peladang Muda PPK Segamat Khairul Anwar Othman, 40, berkata pelbagai kemudahan disediakan kepada ahli atau bukan ahli jika berurusan melalui pihaknya seperti perkhidmatan pekerja buruh bagi memetik, meracun dengan kadar yang murah berbanding di pasaran.

“Selain itu juga terdapat perkhidmatan pengangkutan lori, perkhidmatan timbangan buah sawit yang mana alat penimbang di PPK adalah yang paling tepat serta adil jika dibandingkan dengan alat penimbang di sesetengah tempat,” ujarnya.

Menurutnya, alat penimbang buah sawit di PPK Segamat merupakan patuh syariah serta mengambil hanya buah yang berkualiti.

β€œAhli akan mendapat rebat (saguhati) setiap tahun mengikut kadar semasa,” katanya.

Tinggalkan komen anda