Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Penduduk Bandar Cassia Rayu Sumbangan Bina Masjid

By 30 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah/Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

BATU KAWAN, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Bandar Cassia kini memerlukan masjid baharu untuk menampung keperluan jemaah yang semakin bertambah saban tahun. Masjid baharu ini akan menggantikan surau yang dijadikan alternatif bagi menampung keperluan jemaah terutamanya ketika solat Jumaat.

Menurut Pengerusi Kariah Bandar Cassia Rosli Othman, dana sebanyak RM10 juta diperlukan untuk proses pembangunan dan pembinaan Masjid Bandar Cassia, katanya ketika ditemui di Program JIWA anjuran Japen SPS di Surau Al-Falah Bandar Cassia, di sini baru-baru ini.

“Surau sedia ada tidak lagi mampu menampung jemaah yang ramai. Setiap kali solat Jumaat pasti ada yang terpaksa sembahyang di luar surau. Sudah terlalu padat.Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi Masjid Tuan Rosli, no telefon 013-528 6987.

“Orang ramai dan semua pihak dirayu untuk membantu menyegerakan pembangunan  masjid yang bakal memberi manfaat lebih 3,500 orang Islam di sini dengan menghulurkan sumbang ikhlas dalam bentuk infak, sedekah, dan wakaf,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda