Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Korban Perdana Mengeratkan Silaturahim

By 1 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Latifah Salleh

MUAR, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak 20 ekor lembu telah disembelih dalam Program Korban Perdana anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir, di pusat penyembelihan Jorak, di sini semalam.

Proses penyembelihan yang bermula seawal pukul 3.00 pagi itu telah menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada ketua-ketua Kampung, belia dan masyarakat setempat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor merangkap ADUN Bukit Pasir Ir. Ts. Mohd Fazli Mohd Salleh, program ini diadakan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha dan khusus kepada seluruh masyarakat DUN Bukit Pasir.

“Program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama anggota masyarakat dan proses pengagihan daging pula akan diberikan kepada agensi kerajaan, swasta, masjid, surau, ketua cawangan serta ketua-ketua kampung,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda