Laporan/foto: Muhammad Syafiq Irman Ali/Izarina Kulub Mat Isa
BENTONG, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar semua pihak mengambil tanggjungjawab untuk memastikan kelestarian alam sekitar terus dipelihara sebaiknya.
“Semua pihak mempunyai kuasa untuk memacu kepada perubahan transformatif dan membentuk masa depan bagi kemakmuran ekonomi mampu berkembang maju seiring dengan pemeliharaan alam sekitar,” titah baginda.
Baginda bertitah di program Kembali ke Alam Sekitar anjuran Tabung Alam Sedunia (WWF) di Genting Highlands, di sini semalam.
Mengiringi baginda, Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Muadzam Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.
-ZS-