
Laporan/foto: Haliza Mohd Taib/Juraimi Ali
MUAR, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Satu Program Jualan Rahmah Bergerak yang diadakan dari pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 petang di Perkarangan Kompleks Penghulu Mukim Bakri, di sini semalam telah mendapat sambutan hangat oleh warga setempat.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Bentayan Ng Yak Howe, program ini merupakan inisiatif yang sangat baik dari Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan beban rakyat khasnya bagi golongan B40.
“Pelbagai jenis barangan ditawarkan dengan kadar diskaun yang rendah sebanyak 15 peratus hingga 30 peratus bagi memberi peluang kepada mereka untuk membeli barangan dan berbelanja dengan harga yang rendah,” katanya.
-ZS-