Laporan/foto: Feroz Othaman (Melaka Tengah)
MELAKA, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Jualan Rahmah Bergerak antara inisiatif yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkonsep ‘Kedai Cari Rakyat’ di Pokok Mangga, di sini kelmarin telah mandapat sambut hangat daripada orang ramai
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka Allex Seah Shoo Shin, sebanyak tujuh lokasi di sekitar negeri Melaka melakukan jualan selama dua hari bermula pada Sabtu dan berakhir pada Ahad lalu.
“Menerusi konsep ‘Kedai Cari Rakyat’, pelaksanaan Jualan Rahmah mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai kerana harga barangan asas harian seperti telur, minyak masak, tepung, gula, bawang, ikan bilis dan beras dijual dengan harga jauh lebih murah daripada pasaran,” katanya.
-ZS-