Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kepentingan Pemeriksaan Pap Smear Buat Golongan Wanita

By 24 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Klinik Kesihatan Yong Peng telah mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma seperti ujian saringan virus imunodefisiensi manusia (HIV), pemeriksaan ujian tekanan darah dan pemeriksaan pap smear kepada warga Kangkar Baru Yong Peng, Batu Pahat, semalam.

Menurut Jururawat Klinik Kesihatan Yong Peng Haslinorliza Roslan, dengan kaedah terbaru, golongan ibu boleh menjalani ujian pap smear tanpa rasa malu dan sakit kerana ianya lebih mudah jika dibandingkan dengan cara ujian pap smear yang dahulu.

“Pemeriksaan ujian Humanpapilloma Virus (HPV) yang terbaru ini boleh dilakukan sendiri di kawasan tertutup dan lebih privasi dengan hanya menggunakan alat swab, kemudian diserahkan kepada petugas kesihatan untuk menjalani ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR).

“Pemeriksaan HPV disyorkan kepada wanita berusia 30 tahun ke atas dan ianya adalah lebih tepat dan cepat untuk mengesan kanser serviks dari terus merebak. Keputusan akan dihantar melalui telefon dalam masa tiga hari sahaja,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda