Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Kerajaan Sentiasa Komited Bantu Usahawan Tingkat Prestasi

By 6 Julai 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irina Abd Samad/Muhammad Hafizuddin Abdul Halim

KUALA LUMPUR, 6 Jul (Malaysiaaktif) – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sentiasa komited dengan mandat yang diamanahkan untuk menerajui hala tuju pembangunan keusahawanan negara melalui pelaksanaan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) dan memastikan ianya menjadi salah satu agenda utama dalam pembangunan sosio-ekonomi negara.

“Kerajaan sentiasa komited dan lebih bertanggungjawab dalam usaha membantu usahawan meningkatkan prestasi perniagaan bagi meyokong bukan hanya pertumbuhan sektor ekonomi negara tetapi demi kesejahteraan keluarga dan rakyat keseluruhannya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian di Majlis  Pelancaran Pemformalan Usahawan Informal di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Menurutnya lagi, usahawan bukan bidang yang tidak formal, ianya mesti menjadi kerjaya.

“Untuk menjadi kerjaya yang berjaya tentunya pihak kerajaan sangat komited untuk membantu para usahawan sekecil mana sekalipun supaya benar-benar berjaya.

“Usahawan informal yang selama ini tidak pernah mendaftar kerana kurang pengetahuan boleh menghubungi atau merujuk agnesi-agensi di bawah KUSKOP untuk mendapakan bimbingan dan nasihat,” katanya.

Penerima bantuan Nur Azra Dayana Ahmad Nizam, 28, dari Wangsa Maju, sangat gembira dengan bantuan yang diterima kerana dapat mengembangkan perniagaan bakeri dan menjana pendapatan untuk masa hadapan.

Hazwani Husna Azman, 33, dari Kampung Baru gembira menerima bantuan untuk perkhidmatan makanan.

“Alhamdulillah. Saya terharu dipilih untuk menerima bantuan dengan jumlah yang besar iaitu sebanyak 15 ribu dengan masa yang cepat dan mudah.

Usahawan yang masih belum mendaftarkan perniagaan boleh melayari www.kuskop.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda