Laporan/foto: Mazlin Basir (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 6 Jul (Malaysiaaktif) – Tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu yang mengorbankan 10 mangsa pada Sabtu yang lalu telah mengejutkan seluruh negara.
Peristiwa pilu ini turut memberi kesan kepada sebuah keluarga salah seorang mangsa yang masih belum ditemui, Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Kampung Parit Kuda Semerah, di sini.
“Saya mengharapkan adik saya ditemui dalam apa keadaan sekalipun kerana kami amat merinduinya dan dia satu-satunya adik bongsu kami,” kata abang kepada mangsa, Fadysham Saliman, 44, yang ditemui pagi tadi.
Menurutnya lagi, Muhammad Fikri Saliman sudah pun bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember nanti.
-ZS-