
Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Mohammad Ezwandi (Perak)
IPOH, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Seekor lembu jantan ‘sado’ seberat 500 kilogram mencuri tumpuan ramai dalam satu program ibadah korban yang berlangsung, di sini pagi tadi.
Lembu ‘sado’ tersebut merupakan antara tiga ekor lembu yang dikorbankan sempena Program Ibadah Korban bersama Agensi di bawah Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak.
Pengerusi Jawatankuasanya, Mohd Azlan Helmi Helmi ketika ditemui meluahkan rasa syukur dan gembira atas kehadiran ramai petugas ke program gotong-royong tersebut.
“Insya-Allah daging-daging korban akan disedekahkan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Ipoh ini,” katanya.
Lebih 70 petugas hadir mewakili pelbagai jabatan dan agensi seperti Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Telekom Malaysia Berhad, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Jabatan Bomba dan beberapa agensi media negeri.
-ZS-