Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kenduri Rakyat Kukuhkan Perpaduan

By 1 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Abd Halim Jumat (Jelebu)

JELEBU, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Kenduri Rakyat Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang
diadakan di Stadium Mini Klawang,
di sini semalam bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Program yang berkonsepkan kenduri dilaksanakan dengan kerja – kerja merewang secara bergotong-royong bersama penduduk sekitar dan turut disertai ADUN Klawang Datuk Bakri Sawir.

“Hari ini kita dapat lihat perpaduan antara kaum terus utuh dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat dan kita akan teruskan ukhwah ini di peringkat kerajaan negeri juga,” katanya.

Seorang peserta program Zarina Abu Bakar, 48, berkata beliau sangat teruja kerana dapat menyertai program Kenduri Rakyat.

“Pelbagai juadah kenduri disediakan antaranya gulai daging cili api, ayam goreng berlada dan sayur kobis goreng,” katanya.

Turut hadir Yang Teramat Mulia Undang Luak Jelebu Datuk Haji Maarof Haji Mat Rashad dan Ahli Parlimen Jelebu Jalaluddin Alias.

-ZS-

Tinggalkan komen anda