Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Beri Peluang PM Bawa Perubahan kepada Labuan

By 2 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Haziq Ruslain (Labuan)

LABUAN, 2 Jul (Malaysiaaktif) – Semua pihak diseru memberi peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa perubahan kepada Wilayah Persekutuan terutamanya Labuan apabila Jabatan Wilayah Persekutuan distrukturkan semula pentadbirannya di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek semua pihak perlu ‘membuka mata’ kelebihan Labuan di bawah jagaan Perdana Menteri sendiri.

“Inilah peluang Labuan untuk keluar dari zon selesa dan pimpinan di Labuan perlu melihat kedudukan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan sebagai satu kelebihan untuk membawa perubahan kepada Labuan.

“Perpaduan semua kepimpinan dalam Kerajaan Perpaduan diperlukan untuk membawa suara Labuan bagi Perdana Menteri memberikan sesuatu yang besar untuk Labuan,” katanya semasa berucap pada satu majlis sambutan Hari Raya Aidiladha di sini, semalam.

Tambahnya, semua pihak perlu senada dalam menyuarakan permasalahan rakyat agar Perdana Menteri lebih yakin memberikan sesuatu yang lebih baik dan diluar pemikiran biasa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda