Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Pendidikan Kunci Masa Depan Lebih Cerah Anak-anak Muda – Fahmi Fadzil

By 24 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rajeswari Anbazagan/Norasilah Ibrahim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Pendidikan merupakan kunci masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak muda.

“Saya sangat gembira kerana dapat memberi sedikit bantuan kepada anak-anak muda dan bagi saya pendidikan satu kunci masa depan yang lebih cerah,” kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata demikian di Majlis Penyerahan Bantuan Yuran Awal (BiaYa) dan Sesi Taklimat Biasiswa serta Bantuan Am Pendidikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Dewan Merbau, IWK Eco Park, Pantai Dalam, di sini semalam.

“Saya berharap dengan bantuan tersebut anak-anak muda di Lembah Pantai terutama pelajar keluarga B40 dan asnaf dapat mengejar kerjaya dan mampu menghasilkan produk-produk yang tidak pernah difikirkan sebelum ini,” katanya.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut menyerahkan cek cura bernilai RM35,000 kepada Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif dan Naib Canselor UCMI Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman yang bakal dimanfaatkan oleh 50 orang pelajar dari Lembah Pantai untuk memulakan pengajian bagi sesi ambilan Julai/September 2023 di UCMI.

-ZS-

Tinggalkan komen anda