Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Autisme Bukan Halangan Mahir Tulisan Khat

By 24 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nizwan Mohd Daini (Sabah)

KOTA KINABALU, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Seorang pelajar gigih membuktikan bahawa penghidap autisme sepertinya bukan halangan untuk mahir menghasilkan seni tulisan khat yang indah.

Muhammad Iman Azhar, 13, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah mendapat pendedahan mengenai tulisan Khat ini ketika berusia empat tahun.

Menurut ibunya, Noordianah Haji Alwi, 49, untuk mencapai tahap keupayaan mampu tulisan khaligrafi ini bukan mudah sebenarnya, khususnya bagi orang-orang ada kelainan upaya seperti autistik.

“Iman mempunyai minatnya tersendiri walaupun bermula dengan menconteng dinding rumah tetapi kita seharusnya belajar memahami apa sebenarnya mereka mahukan.

“Sehingga satu peringkat itu dapat dilihat setiap contengan di dinding rumah itu ada kemahiran seni khat,” kongsinya ketika ditemui di Pameran Art 4 Austism Sabah di Balai Seni Lukis Sabah, di sini pada Sabtu.

Bemula dari situ, beliau menyedari bahawa anaknya mempunyai kecenderungan dalam kemahiran tulisan khat dan hasil karya tulisan khat anaknya dapat dijual ketika bermula umur 10 tahun lagi.

Tambahnya, selain mahir dalam tulisan khat, Iman juga mempunyai channel sendiri, mahir khaligrafi, melukis masjid, juruhebah dan pembaca berita.

Beliau berharap masyarakat menerima kehadiran anak autisme kerana mereka juga manusia biasa cuma ada sedikit kelainan dari segi pandangan mengolah sesuatu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda