Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Seni Tangan Kreatif Sulaman dan Gubahan Jana Pendapat Sampingan

By 31 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Nor Aishah Che Hassan (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Seni tangan sebenarnya tidak asing dengan masyarakat di Malaysia. Bahkan, ramai yang mengambil peluang cuba meneroka bidang sulaman bagi menghasilkan pendapatan sampingan.

Bagi Supiah Salleh, 59, kemahiran seni tangan adalah merupakan suatu bidang yang boleh mendatangkan peluang seseorang untuk menjana pendapatan sampingan.

Beliau yang merupakan tenaga pengajar bagi bidang seni tangan dan gubahan kreatif juga turut menjelaskan bahawa beliau telah menghasilkan pelbagai jenis sulaman dalam pelbagai bentuk seperti beg, topi dan banyak lagi.

“Pengalaman saya sebagai tenaga pengajar lebih 30 tahun dalam bidang ini pada pendapat saya bidang seni sulaman tangan ini bukanlah suatu perkara yang susah sekiranya seseorang itu benar-benar berminat dan gigih untuk belajar,” katanya.

Jelas beliau lagi, bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sulaman dan gubahan juga sangat mudah didapati.

“Masa untuk menyiapkan sesuatu jenis sulaman atau gubahan juga bergantung kepada bentuk barangan yang hendak dihasilkan.

“Hasil gubahan dan sulaman yang berjaya disiapkan kemudiannya boleh dijual pada harga yang tertentu mengikut reka bentuk,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda