
Laporan/foto: Nur Farhana Azman (Jasin)
MELAKA, 29Ā Jul (Malaysiaaktif) – Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka, Ismail Abdul Rahman hadir menyaksikan
Majlis Penyerahan Projek Pelaksanaan Sekolah Secara IBS (Sistem Bangunan Industri) Sekolah Kebangsaan (SK) SelandarĀ telah diadakan, di JasinĀ kelmarin.
Menurut Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka Ismail Abdul RahmanĀ kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak kontraktor tempatan dengan nilai kontrak sebanyak RM4.6 juta ini telah dimulakan pada 23 Jun 2020 dan siap sepenuhnya pada 21 Jun 2023.
“Cabaran utama perlaksanaan projek ini adalah kesan langsung yang diterima semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 dan bersilih ganti sehinggalah ke Fasa Endemik. Alhamdulillah projek dapat disiapkan dengan jayanya,” ujarnya.
Turut hadir sama Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka Sri Dewi Saiful Nathan, Pegawai Pendidikan Daerah Jasin Baharudin Husin, Jurutera Daerah JasinĀ Kalam Mohd Noor dan Guru Besar SKĀ SelandarĀ Saridah Mohd Adzin.
-ZS-