Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Peneroka adalah Segala-galanya untuk FELDA

By 28 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Naim/MKkhairulnizam

JEMPOL, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anuar Ibrahim telah merasmikan Karnival Segalanya Felda Peringkat FELDA Wilayah Raja Alias di Dataran Seri Jempol, di sini semalam.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anuar Ibrahim peneroka adalah segala-galanya untuk FELDA.

“Dalam usaha merealisasikan Felda sebagai peneraju transfomasi digital menerusi Program Digital Madani, saya akan menambah tiang lampu di Wilayah Raja Alias sebanyak 2,678 unit serta menyiapkan baki 283 unit Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF).

“Beberapa lagi insentif yangg telah diumumkan sebelum ini seperti mewujudkan fasiliti atau kemudahan pusat hemodialisis di sini dan sebagainya bagi memastikan setiap peneroka mendapat keistimewaan daripada pihak kerajaan,” katanya.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata peneroka adalah satu-satunya kekuatan FELDA.

“Jika tiada peneroka tiadalah FELDA. Hampir 112,683 peneroka di seluruh Malaysia dan yang paling besar adalah di Wilayah FELDA Raja Alias,” katanya.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

-ZS-

Tinggalkan komen anda