Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sketsa Warnai Sambutan KMJG di Kluang

By 31 Julai 2023September 6th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zuriatina Tamat

KLUANG, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Peserta Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Johor telah dihidangkan dengan persembahan Sketsa Rukun Negara oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Taman Sri Kluang di Mini Stadium Taman Sri Lambak, di sini kelmarin.

KMJG Negeri Johor yang memasuki hari kedua telah berhenti di beberapa lokasi sambutan di Kluang bagi menyemarakkan lagi Sambutan Bulan Kebangsaan 2023.

Menurut Ketua Konvoi KMJG Negeri Johor yang juga merupakan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor Naim Fahmi Ahmad Tajuddin, konvoi KMJG akan menjelajah tujuh daerah dalam Negeri Johor dalam siri KMJG 2023.

“Semalam hari pertama konvoi telah menjelajah Daerah Mersing dan Kota Tinggi. Hari ini (Sabtu) kami telah meneruskan perjalanan ke Johor Bahru, Kulai dan Kluang dan seterusnya kami akan ke Batu Pahat dan Muar,” katanya.

Pegawai Daerah Kluang Haji Mohd Rafi Abdullah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Kementerian Komunikasi dan Digital yang telah memilih Daerah Kluang sebagai salah satu destinasi persinggahan KMJG.

“Program sebegini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dua hala antara jabatan kerajaan dan pelbagai pihak serta menyediakan aktiviti bermanfaat secara terus kepada rakyat,” ujar beliau semasa merasmikan KMJG Daerah Kluang tersebut.

Turut diadakan penyampaian Jalur Gemilang kepada jabatan, agensi dan Komuniti MADANI Daerah Kluang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda