
Laporan/foto: Zayana Isa/Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM (Pahang)
KUANTAN, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 60 orang penyelaras Sukarelawan MyCHAMPION dari seluruh daerah negeri Pahang menyertai Mesyuarat Perluasan Skop Aktiviti Sukarelawan MyCHAMPION, di sini baru-baru ini.
Menurut Urusetia Induk MyChampion Kebangsaan Dr Yessy Octavia Misdi, mesyuarat ini dilaksanakan untuk memperkasakan penyelaras MyCHAMPION agar perkongian maklumat dapat diberikan secara sahih dan seragam serta menambah pengetahuan penyelaras bagi mendidik, memperkasa dan menggerakkan sukarelawan di lokaliti masing-masing dalam menjalankan tugas sebagai sukarelawan kesihatan MyCHAMPION.
“Latihan bina upaya diperlukan untuk membekalkan penyelaras di negeri dan daerah dengan maklumat dalam memastikan sukarelawan di bawah seliaan mereka dapat melaksanakan inisiatif yang digariskan oleh Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS),” ujarnya.
Tambahnya lagi, MyCHAMPION merupakan Ejen Kesihatan Komuniti yang membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyebar luaskan maklumat kesihatan bagi memperkasakan komuniti seterusnya menyokong agenda transformasi sistem kesihatan negara daripada ‘sick care’ atau penjagaan pesakit kepada ‘health care’ (penjagaan kesihatan).
KKM juga turut mempelawa individu yang berminat boleh mendaftar sebagai MyCHAMPION melalui laman sesawang https://www.infosihat.gov.my/mychampion/ dan maklumat kesihatan boleh diakses di laman sesawang https://www.infosihat.gov.my/.
-ZS-