
Laporan/foto: Mohammad Rasuli/Mior Asrul Hadi (Bagan Datuk)
BAGAN DATUK, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Pendekatan baru dengan menyampaikan taklimat dalam Bahasa Tamil sepenuhnya digunakan untuk mendekati dan memberi kesedaran kepada kelompok masyarakat India di daerah ini berkenaan peranan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) serta jawatankuasa yang ada di bawahnya.
Taklimat berkenaan disampaikan oleh Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak Inspektor Gunalan Muthiah.
“Pemerdagangan dan penyeludupan migran adalah jenayah yang serius dan usaha bersama diperlukan untuk menanganinya,” katanya ketika menyampaikan taklimat di Ladang Sime Darby, di sini baru-baru ini.
Serahan bantuan kotak makanan dari Yayasan Perak turut diagihkan kepada peserta yang hadir.
-ZS-