Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Semarak Gemilang Lambang Sinergi Perpaduan Rakyat Labuan

By 20 Ogos 2023September 6th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Kejayaan penganjuran Program Semarak Gemilang 2023 melambangkan sinergi rakyat Labuan yang bersatu padu.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan Tan Sri Anifah Aman kerjasama semua pihak yang menjayakan program itu melambangkan sinergi masyarakat Labuan yang berbilang kaum dan saling bantu-membantu untuk menjayakan sesuatu program yang cukup penting itu.

“Semangat yang ditunjukkan ini selari dengan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini iaitu ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’.

“Maka jelaslah agenda yang dibawa kerajaan ini mendapat sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bahagi daripada masyarakat Labuan,” katanya semasa merasmikan program itu di Dewan Komuniti Kampung Sungai Bedaun, pagi tadi.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Zon Labuan yang menjadi peneraju utama menjayakan program itu untuk siri yang pertama dalam Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

“Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih juga saya titipkan kepada semua rakan – rakan strategik daripada agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan, Komuniti Malaysia Madani dan yang paling penting seluruh komuniti di Labuan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan program pada hari ini,” katanya.

Program itu diisi dengan pelbagai aktiviti seperti Senam Seni Madani, Pameran Agensi, Pemeriksaan Kesihatan, Acara Sukaneka, Cabutan Tiket Bertuah Bank RHB dan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda